Senin, 09 Januari 2012

Filled Under:

CARA MENJAGA LAPTOP KESAYANGAN ANDA

  • Elak guna laptop ketika tengah kilat sabung menyabung sebab boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan pada komponen PSU ( Powe supply unit ) dan wired network card bahkan keseluruhan board dan komponen dalaman.
  • Elak letakkan laptop anda di atas katil, karpet atau permukaan yang lembut kerana boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup. Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating. 
  • Jangan letak laptop di peha anda.
  • Untuk menjadikan bateri lebih tahan, buka bateri laptop anda apabila telah dicas penuh. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan gunakan kuasa daripada adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Kalau terlalu kerap dicas, bateri akan hilang keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
  • Gunakan kipas penyejuk tambahan bagi ruang di bawah laptop sekiranya mampu. Ia sangat membantu pengaliran udara di ruangan bawah laptop yang sangat terkesan dengan haba.

  • Pastikan laptop diceraikan dari bateri semasa dimasukkan ke dalam beg. Mengelakkan kesan jangkamasa panjang bateri dan mengelak kecurian.
  • Elak menyentuh skrin LCD dengan menggunakan jari atau peralatan tajam. Boleh mengakibatkan kerosakan ( death) pixel pada screen. 
  • Sebolehnya jauhkan laptop dari bahan magnet.
  • Pastikan laptop anda diberi rehat, jangan biarkan laptop terpasang sehari ke sehari ( ketahanan laptop berbeza dengan PC)
  • Letakkan sekeping kertas A4 pada papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindari papan kekunci tersebut daripada masuk habuk.
  • Sekiranya monitor anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan LCD baru, jadikan laptop tersebut sebagai PC dengan menyambung ke monitor luaran seperti LCD/CRT/projector.
  • Jika laptop terlalu bising, hantar servis untuk membuangkan kotoran yang terlekat pada kipas atau head sink laptop.




0 komentar:

Posting Komentar